Saturday, 10 March 2012


Alhamdulillah,, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat saya menulis entri ini dan sesungguhnya ini adalah perkongsian kami bersama para pembaca sekalian.. Selagi hayat di kandung badan maka perkongsian itu tidak akan pernah berhenti...
Bismillahirrahmanirrahim,

   Belailah Kalbu anda sebagaimana dilakukan ramai ibu yang mahukan anak mereka cemerlang sebagaimana dilakukan oleh para ayah juga untuk memastikan anak-anak mereka menjadi insan luar biasa hebat. Belailah dengan kalimah Allah. Usah belai dengan perkataan yang tidak baik kerana ia mengundang malang dalam hidup.

   Belailah kalbu agar lunak menerima semua ketentuan Ilahi. Usah jadi manusia yang keras hati, keras kepala dan keras kemahuannya hingga sanggup berbuat zalim atau melempar fitnah demi memenuhi kehendak sendiri . Andai masih dalam saluran yang dibenarkan usahalah.. tapi apabila ia memaksa berbuat dosa , maka berhentilah. Di situlah titik noktahnya. Syukurlah seadanya kita, meskipun kita tidak dilarang berusaha keras mengejar semua yang kita ingini tetapi apabila apabila ternyata sesuatu itu bukan hak kita , bukan rezeki kita, terimalah ketentuan berkenaan kerana sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk kita..

   Belailah selalu kalbu dengan kasih sayang terhadap Allah juga belai kita dengan hidayah-Nya . Moga-moga kita dipelihara daripada sebarang malapetaka. Dijadikan hidup kita lebih bermakna. Diberikannya kita hati yang tenteram dan tenang . Usah terlalu gelojoh dalam hidup . Usah terlalu berkira dan menyimpan dendam yang menyakitkan . Lakukanlah aktiviti hidup dengan jujur. Solatlah , berdoalah, berjasalah terhadap ibu , ayah seandainya mereka masih ada.

Wa Allahu A'lam