Assalamualaikum...
Bagaimana perjalanan kita sehingga hari ini..??. Adakah berliku-liku & macam mana cara kita mengharunginya... Syukur, kerana kita masih menghirup udara yang segar.. ataupun merasai angin yang sempoi2 bahasa...
Pegangan sebegini sering kali kita perdengarkan..di sekolah? Sebenarnya tanpa kita sedari, ibubapa kita telah memberitahu tentang perumpamaan ini.
Di dunia perniagaan khususnya, pegangan ini menjadi satu' keutuhan yg sangat kuat'.
Alasan, tidak mempunyai modal, terlalu banyak saingan, & sering mengeluarkan keluhan 'susah' @ sebagainya, tidak perlu ada. Yang penting ialah kemahuan & kerja keras untuk mencapai
matlamat yg telah dipancangkan sebelum permulaan bermula. Bukti kejayaan dari kemahuan tanpa
diiringi 'modal besar' , telah banyak dipaparkan di media2 massa, sebagai pengajaran & peransang
kepada bakal usahawan yg mempunyai alasan2 seperti ini.
Rata2, usahawan yg berjaya, baik meraih keuntungan jutaan ringgit @ saban tahun menerima
anugerah demi anugerah, perniagaan mereka bermula tanpa modal yg besar. Malah, dari pengakuan
mereka, kejayaan mereka adalah dari titik peluh, kerja keras, perancangan yg tepat ( gold selting ),
pengurusan yg baik, pengendalian kewangan yg teliti & keyakinan diri.
Dalam dunia perniagaan, tidak ada yg mustahil.. Mereka yg mempunyai pemikiran yg positif tidak akan tersentak & menjawab susah @ tidak boleh melakukannya sebelum mencubanya. Segala-galanya perlu bergantung kepada keyakinan diri, & kerja keras serta perancangan yg dilakukan. Bertolak dari hakikat tersebut adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk ' mengenal diri ' terlebih dahulu sebelum menuju pelabuhan yg diimpikan . Tidak mustahil & telah dibuktikan, seorang usahawan yg bermula dengan modal hanya $ 5.00, kini mempunyai beberapa buah kereta mewah & rumah banglo dari kejayaan perniagaannya. Kejayaan mereka itnilah seharusnya dijadikan sebagai panduan serta dorongan untuk memajukan diri kita sendiri. Perjalanan awal kita harus disertai dengan rasa cemburu untuk mencontohi kejayaan mereka.Oleh itu, kejutkan diri dari terus berkhayal @ mengimpikan kejayaan dalam dunia kita sendiri.' NAIKKAN SAUH, HAYUNKAN PENDAYUNG, BIAR BADAI BESAR SEKALIPUN YG DATANG, PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN'....
Sekian,Wassalam..... ^_^
No comments:
Post a Comment