Orang lain boleh kaya, sedangkan saya tidak. Orang lain mampu membeli kereta mewah sedangkan saya tidak......
Pernah tidak persoalan seperti di atas bermain di fikiran anda?
Hm,, pasti ye jawapannya?
Tidak semua orang boleh berjaya atau menjadi kaya, bagaimanapun itu bukan perkara mustahil yang boleh dikecapi. Betul tak? "TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH MANUSIA SIAPA YANG TAHU" bukan?
Kembali kepada persoalan kenapa kita ketiggalan dalam serba-serbi . Langkah awal yang perlu kita lakukan ialah bertanya pada diri sendiri di mana kita berpijak . Ke mana hendak kita bawa diri kita dan sejauh mana persiapan yang telah kita lakukan .
Harus kita ketahui bahawa tidak akan ada kejayaan tanpa perancangan . Belum pernah berlaku, individu berjaya dalam sekelip mata.
Justeru itu mengenal diri dan menyediakan persiapan adalah penting sebelum mula menongkah arus. Binalah impian anda sebelum merancang untuk mencapai impian itu.
Friday, 24 February 2012
Wednesday, 22 February 2012
Tiada Pinjaman, Tidak Boleh Berniaga... Alasan Basi!!
Assalamualaikum,,
Jatuh bangun adalah lumrah dalam kehidupan orang berniaga. Jika tidak percaya, tanyalah sesiapa sahaja yang berniaga, kami pasti semua pernah mengalami zaman kejatuhan. Namun semangat bangkit semula selepas jatuh dan memperbaiki kesalahan adalah lambang kejayaan usahawan sukses. Pengalaman ini sangat priceless.
Malah, ada juga usahawan yang diberi rezeki yang tidak putus-putus, namun dicabar dalam bentuk yang berbeza. Kebanyakan usahawan ini "bangkit" dengan berkongsi ilmu dan rezeki yang mereka ada dengan usahawan sekeliling . Mereka juga adalah usahawan yang berjaya. Di sini kami beri contoh usahawan sukses yang bernama Ir Megat Radzman Megat Khairuddin.
Di usia yang masih muda, beliau melihat melihat perjuangan membela nasib bangsa sebagai satu amanah. Beliau mengakui pernah menghadapi cabaran dalam bisnes, namun baginya, "tiada kejayaan tanpa cabaran" . Melalui program MoSVac, beliau berazam untuk melahirkan 3000 bengkel dan 450 pengedar alat ganti motosikal milik bumiputera menjelang tahun 2009.
Hari ini usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tiada alasan untuk mengaku kalah dalam berniaga . Malah, alasan "tidak dapat pinjaman , itu sebab tidak boleh berniaga" juga sudah basi. Pelbagai pihak sudah tampil untuk membantu para usahawan . Dari individu usahawan sehinggalah ke pihak kementerian .
Ini boleh di lihat melalui penubuhan Herbal Plaza sebagai Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan (4PU) dan Pusat Pembangunan Rekabentuk (DDEC) . Kedua-duanya adalah usaha kerajaan membantu para usahawan meningkatkan nilai tambah produk masing-masing supaya mampu dikormesialkan sehingga ke peringkat global . Begitu juga dengan matlamat penubuhan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang ingin menjadikan sektor koperasi penjana ketiga ekonomi negara. Semua pihak menggembleng untuk membantu para usahawan .
Jika semua pihak sudah menghulurkan tangan membantu, apa alasan usahawan untuk tidak meneruskan perniagaan atau mengambil lewa?
Semoga anda sentiasa sukses.
RANCANGAN + KEYAKINAN + TINDAKAN + KETABAHAN = KEJAYAAN..!!!
Assalamualaikum,
Apa khabar semua?????
Semoga anda semua sihat walafiat.insyaAllah..amin.....(^-^)..
Di sini , kami menyediakan beberapa tips sebagai landasan menuju kejayan.
Apa khabar semua?????
Semoga anda semua sihat walafiat.insyaAllah..amin.....(^-^)..
Kami yakin, semua orang mahukan kejayaan dalam aspek bidang yang diceburi sama ada berjaya dalam pendidikan mahupun dalam kerjaya..Kejayaan adalah impian hidup setiap insan bernama manusia, namun tidak semua berjaya menggerakkan impian menjadi kenyataan. Lazimnya pelbagai alasan adalah jawapan mengapa dan kenapa semua kenyataan menjadi impian.
Di sini , kami menyediakan beberapa tips sebagai landasan menuju kejayan.
- Tentukan apa yang anda inginkan dan lakukan dalam hidup. Buat satu senarai dan baca setiap kali selepas anda bangun dari tidur dan sebelum tidur.
- Tentukan siapakah diri anda yang ingin anda bentuk, senaraikan setiap personaliti yang ingin anda pupuk. Semua ini boleh terhasil jika anda mempunyai kekuatan mental yang kukuh.
- Tentukan matlamat dalam jangka waktu panjang (lima tahun atau lebih) untuk mencapai maksud, kehendak, dan imej anda sendiri.
- Tentukan matlamat jangka masa pendek (satu atau kurang darinya) untuk berusaha ke arah objektuf-objektif bagi mencapai matlamat jangka panjang yang dirancangkan lebih awal.
- Buat rancangan untuk mencapai matlamat yang telah anda gariskan.
- Bahagikan rancangan dan matlamat anda supaya anda dapat mencapainya sedikit, demi sedikit setiap hari.
- Belajarlah untuk berfikir dan merancang masa anda dengan bijaksana dan berfaedah. Rancangan ini hendaklah disenaraikan satu persatu.
Anda boleh melakukan semuanya jika anda berasa anda boleh melakukan. Kejayaan menjadikan impian menjadi kenyataan adalah bergantung kepada gerakan diri anda sendiri. Tidak dinafikan untuk memulakan sesuatu yang baru direncanakan adalah satu permulaan yang amat berat namun jika anda mahu melakukannya, anda sedang menuju KEJAYAAN. Waallahu a'lam.
SELAMAT MAJU JAYA
CABARAN DAN KEHIDUPAN
Makan petang bersama karipap mini,
Berserta dengan hidangan keropok ikan,
Buat semua pembaca blogshop ini,
Salam mesra kami ucapkan...
*berpantun pula kami
Assalamualaikum, merujuk kepada tajuk diatas mengenai cabaran dan kehidupan ia merupakan dua perkara penting dalam hidup seseorang individu. Kegagalan dan kejayaan mengharungi situasi merupakan penentu matlamat akhir yang kita cari selama ini. Perjalanannya adalah ibarat isi dengan kuku saling berkait antara satu sama lain. Kenyataan ini pula berkait dengan perasaan takut atau berani bagi menghadapi apa juga situasi yang bakal berlaku. Mungkin pembaca tertanya-tanya apa yang cuba kami sampaikan melalui entry kali ini. Menerusi entry kali ini kami ingin dedahkan tentang faktor-faktor penting yang boleh membawa kepada kecemerlangan di dalam pengurusan sesebuah syarikat.^^,
Perlukah kita menggunakan teknik-teknik pengurusan yang sofisticated mahupun golongan pakar yang bijak atau sebagainya bagi memperolehi kecemerlangan tersebut.Kita juga akan didedahkan dengan pentingnya komitmen masa, tenaga, kemahuan serta tindakan berkesan yang merupakan gabungan rahsia ke arah menentukan kecemerlangan.
Kemiskinan bukanlah satu keadaan yang dipandang suci dalam agama, bahkan keadaan tersebut dianggap sebagai penyakit yang merbahaya kepada aqidah, akhlak, pemikiran, rumahtangga, diri sendiri, masyarakat dan negara. Agama Islam menganjurkan agar umatnya melibatkan diri dalam urusan jual beli sebagai satu langkah membasmi penyakit yang merbahaya itu. Urusan jual beli dalam islam dianggap sebagai bidang penting yang boleh mengatasi segala masalah yang timbul.Bukti-buktinya boleh dilihat dari tuntutan dan huraian kewajipan bekerja, sistem islam mendorong perniagaan, sifat keusahawan selari dengan fitrah manusia dan sebagainya. Walaupun kita telah berjaya baik dalam bidang perniagaan ataupun bidang-bidang lain. Kita harus akur dengan kenyataan bahawa belajar tidak punya titik nokhtahnya....
Cabaran adalah pelajaran, gagal juga adalah pelajaran malah dianggap sebagai pelajaran terbaik untuk berjaya begitu juga dengan kejayaan. Sekali gagal bukan bererti kita akan gagal selama-lamanya dan sekali berjaya bukan bererti kejayaan adalah milik mutlak kita. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang yang kita ceburi adalah umpama menyediakan dayung sebelum belayar atau menyiapkan senjata sebelum ke medan perang.Hanya selepas mengharungi segala cabaran barulah kita mampu mengukur kemampuan dan kejayaan kita.
Makan roti dengan kaya...
Selamat maju jaya....
sekian : D
*Rencana diatas adalah merujuk kepada majalah usahawan
Etika Perniagaan Dalam Islam....
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum ,,
hye, kita berjumpe lagi..(^-^)...semoga anda semua berada di dalam hidayah dan taufiq Nya.Amin.......
Dalam entry kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda tentang etika perniagaan dalam islam.
Sebagai usahawan seharusnya mengamalkan perkara dibawah:-
1. Mengelakkan diri dari perkhidmatan yang haram.
2. Menjauhi perkara-perkara syubhah.
3. Jujur dalam urusan jual beli.
4. Menjauhi unsur-unsur riba
5. Menjauhi penipuan
6. Menjauhkan diri daripada unsur perjudian.
Sekian saja untuk entry kali ini, semoga ilmu yang dikongsi ini sama-sama kita hayati dan amalkan..
-Tambah Ilmu, Tambah Amal, Tambah Iman, Maassalamah-
Assalamualaikum ,,
hye, kita berjumpe lagi..(^-^)...semoga anda semua berada di dalam hidayah dan taufiq Nya.Amin.......
Dalam entry kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda tentang etika perniagaan dalam islam.
Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan sempurna (ad-din) . Ia menyediakan peraturan dan garis panduan untuk manusia dalam segala aspek kehidupan termasuk bidang perniagaan. Ini dibuktikan melalui al-quran, di dalam al-quran memberi dua etika utama perniagaan , iaitu adil dan ihsan, lebih jauh dari itu al-quran memberi beberapa prinsip yang menjadi asas kehidupan ekonomi. Ye, kami yakin ramai yang berminat untuk menjadi usahawan, sama ada sepenuh masa atau separuh masa. Di sini kami akan berkongsi beberapa tip untuk menjadi usahawan yang berjaya berlandaskan al-quran dan as-sunnah dan diberkati Allah S.W.T.
1. Mengelakkan diri dari perkhidmatan yang haram.
2. Menjauhi perkara-perkara syubhah.
3. Jujur dalam urusan jual beli.
4. Menjauhi unsur-unsur riba
5. Menjauhi penipuan
6. Menjauhkan diri daripada unsur perjudian.
Islam mengiktiraf motif atau niat peniaga mencari untung,tetapi islam menegaskan bahawa ia semestinya " untung yang berpatutan" (reasonable profit), bukan untung maksima ( maximum profit). Ini kerana perhubungan ekonomi dalam islam disifat sebagai perhubungan moral.
Sekian saja untuk entry kali ini, semoga ilmu yang dikongsi ini sama-sama kita hayati dan amalkan..
-Tambah Ilmu, Tambah Amal, Tambah Iman, Maassalamah-
Tuesday, 21 February 2012
LIMA Ciri Menjadi Usahawan Berjaya ^^,
Assalamualaikum dan hye pembaca sekalian .
Pada entry kali ini kami ingin berkongsi mengenai ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya. Persoalannya "apakah kunci kejayaan bagi seseorang yang mahu memulakan perniagaan sendiri.. berfikir sejenak....^.~
Kunci utama untuk menjadi usahawan yang efektif adalah :
1 : KEYAKINAN DIRI
Pada entry kali ini kami ingin berkongsi mengenai ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya. Persoalannya "apakah kunci kejayaan bagi seseorang yang mahu memulakan perniagaan sendiri.. berfikir sejenak....^.~
Kunci utama untuk menjadi usahawan yang efektif adalah :
1 : KEYAKINAN DIRI
- Untuk berjaya dalam sesebuah perniagaan terdapat beberapa elemen yang perlu dititik beratkan antaranya sikap, tekad, kejujuran dan keyakinan. Jika anda tidak yakin dan percaya pada diri sendiri bagaimana mahu meyakinkan pelanggan anda. Fikir-fikirkanlah...
2 : KOMITMEN
- Berapa banyak pelaburan yang perlu anda lakukan dalam membina sesebuah bisnes mahupun perniagaan? Kebanyakan usahawan-usahawan yang berjaya mereka melabur apa sahaja sebagai contoh membuat tabungan dan simpanan bank. Ini adalah bertujuan untuk menjamin perniagaan mereka. Yang paling penting adalah komitmen anda terhadap perniagaan yang akan atau sudah anda jalankan itu.
3 : PERSPEKTIF
- "Sudahkah kita mempunyai sebuah sekolah yang lengkap sukatan pelajarannya mengenai USAHAWAN?" "Dimana saya boleh mengambil kursus keusahawanan?" .Ya !saya pasti persoalan itu seringkali menyesakkan fikiran kita. Maka dari segi perspektif Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalan. tidak begitu?hehe
4 : KESEDIAAN BATIN
- Jika kita mahu menceburi bidang perniagaan segala keperluan dan kehendak itu perlu diisi terlebih dahulu. Mari kita sama- sama fikir seketika, apakah perbezaan diantara seorang pemain tenis dan seorang pelari? Mengapa pelari A menang 5 pingat emas dalam 1 sukan sedangkan pelari B bertungkus lumus berusaha ubtuk keperingkat akhir walhal kedua-dua pemain itu mempunyai pengalaman yang sama sahaja. kedua-duanya mempunyai jurulatih dan pengurus, mempunyai skill dan pelbagai ilmu dalam larian tetapi mengapa pelari A boleh mencapai satu tahap yang paling tinggi berbanding pelari B. ini membuktikan The Champion wants its more. jika kita bersungguh-sungguh masakan tidak tercapai hasrat yang diimpikan.
5 : PERANCANGAN
- Jika tidak mempunyai perancangan perniagaan bagaimana kita tahu spekulasi mengenai keuntungannya. Pergilah berjumpa mana-mana usahawan di Negara kita yang telah berjaya. Adakah mereka memulakan perniagaan tanpa sebarang perancangan terlebih dahulu? Renung-renungkan dan selamat beramal..
Sekian sahaja ilmu yang dapat dikongsi bersama pada entry kali ini. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan manfaat daripada ilmu ini. Wallahhu a'lam....
Monday, 20 February 2012
BEG KITAR SEMULA DI INOVASI & SEMAKIN POPULAR !!!
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...
Setelah sekian lama blog ini menyepikan diri...( mcm berdrama la pula ), kami ingin berkongsikan sebuah artikel tentang beg kitar semula. Baru-baru ini, beg kitar semula semakin menarik perhatian rakyat Malaysia. Pelbagai cara yang digunakan oleh pihak tertentu dalam membuat inovasi terhadap beg kitar semula untuk meningkatkan penggunaan beg kitar semula ini. Antaranya ialah artikel yang nak kami post dalam blog ACACIA BLOGSPOT ini. Baca laa......
Setelah sekian lama blog ini menyepikan diri...( mcm berdrama la pula ), kami ingin berkongsikan sebuah artikel tentang beg kitar semula. Baru-baru ini, beg kitar semula semakin menarik perhatian rakyat Malaysia. Pelbagai cara yang digunakan oleh pihak tertentu dalam membuat inovasi terhadap beg kitar semula untuk meningkatkan penggunaan beg kitar semula ini. Antaranya ialah artikel yang nak kami post dalam blog ACACIA BLOGSPOT ini. Baca laa......
Subscribe to:
Posts (Atom)