Tuesday, 21 February 2012

LIMA Ciri Menjadi Usahawan Berjaya ^^,

Assalamualaikum dan hye pembaca sekalian .
Pada entry kali ini kami ingin berkongsi mengenai ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya. Persoalannya "apakah kunci kejayaan bagi seseorang yang mahu memulakan perniagaan sendiri.. berfikir sejenak....^.~
Kunci utama untuk menjadi usahawan yang efektif adalah :


1 : KEYAKINAN DIRI

  • Untuk berjaya dalam sesebuah perniagaan terdapat beberapa elemen yang perlu dititik beratkan antaranya sikap, tekad, kejujuran dan keyakinan. Jika anda tidak yakin dan percaya pada diri sendiri bagaimana mahu meyakinkan pelanggan anda. Fikir-fikirkanlah...
2 : KOMITMEN
  • Berapa banyak pelaburan yang perlu anda lakukan dalam membina sesebuah bisnes mahupun perniagaan? Kebanyakan usahawan-usahawan yang berjaya mereka melabur apa sahaja sebagai contoh membuat tabungan dan simpanan bank. Ini adalah bertujuan untuk menjamin perniagaan mereka. Yang paling penting adalah komitmen anda terhadap perniagaan yang akan atau sudah anda jalankan itu.
3 : PERSPEKTIF

  • "Sudahkah kita mempunyai sebuah sekolah yang lengkap sukatan pelajarannya mengenai USAHAWAN?" "Dimana saya boleh mengambil kursus keusahawanan?" .Ya !saya pasti persoalan itu seringkali menyesakkan fikiran kita. Maka  dari segi perspektif  Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalan. tidak begitu?hehe
4 : KESEDIAAN BATIN

  • Jika kita mahu menceburi bidang perniagaan segala keperluan dan kehendak itu perlu diisi terlebih dahulu. Mari kita sama- sama fikir seketika, apakah perbezaan diantara seorang pemain tenis dan seorang pelari? Mengapa pelari A menang 5 pingat emas dalam 1 sukan sedangkan pelari B bertungkus lumus berusaha ubtuk keperingkat akhir walhal kedua-dua pemain itu mempunyai pengalaman yang sama sahaja. kedua-duanya mempunyai jurulatih dan pengurus, mempunyai skill dan pelbagai ilmu dalam larian tetapi mengapa pelari A boleh mencapai satu tahap yang paling tinggi berbanding pelari B. ini membuktikan The Champion wants its more. jika kita bersungguh-sungguh masakan tidak tercapai hasrat yang diimpikan.
5 : PERANCANGAN

  • Jika tidak mempunyai perancangan perniagaan bagaimana kita tahu spekulasi mengenai keuntungannya. Pergilah berjumpa mana-mana usahawan di Negara kita yang telah berjaya. Adakah mereka memulakan perniagaan tanpa sebarang perancangan terlebih dahulu? Renung-renungkan dan selamat beramal..
Sekian sahaja ilmu yang dapat dikongsi bersama pada entry kali ini. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan manfaat daripada ilmu ini. Wallahhu a'lam....

No comments: