Assalamualaikum ,,
hye, kita berjumpe lagi..(^-^)...semoga anda semua berada di dalam hidayah dan taufiq Nya.Amin.......
Dalam entry kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda tentang etika perniagaan dalam islam.
Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan sempurna (ad-din) . Ia menyediakan peraturan dan garis panduan untuk manusia dalam segala aspek kehidupan termasuk bidang perniagaan. Ini dibuktikan melalui al-quran, di dalam al-quran memberi dua etika utama perniagaan , iaitu adil dan ihsan, lebih jauh dari itu al-quran memberi beberapa prinsip yang menjadi asas kehidupan ekonomi. Ye, kami yakin ramai yang berminat untuk menjadi usahawan, sama ada sepenuh masa atau separuh masa. Di sini kami akan berkongsi beberapa tip untuk menjadi usahawan yang berjaya berlandaskan al-quran dan as-sunnah dan diberkati Allah S.W.T.
1. Mengelakkan diri dari perkhidmatan yang haram.
2. Menjauhi perkara-perkara syubhah.
3. Jujur dalam urusan jual beli.
4. Menjauhi unsur-unsur riba
5. Menjauhi penipuan
6. Menjauhkan diri daripada unsur perjudian.
Islam mengiktiraf motif atau niat peniaga mencari untung,tetapi islam menegaskan bahawa ia semestinya " untung yang berpatutan" (reasonable profit), bukan untung maksima ( maximum profit). Ini kerana perhubungan ekonomi dalam islam disifat sebagai perhubungan moral.
Sekian saja untuk entry kali ini, semoga ilmu yang dikongsi ini sama-sama kita hayati dan amalkan..
-Tambah Ilmu, Tambah Amal, Tambah Iman, Maassalamah-
No comments:
Post a Comment