Jatuh bangun adalah lumrah dalam kehidupan orang berniaga. Jika tidak percaya, tanyalah sesiapa sahaja yang berniaga, kami pasti semua pernah mengalami zaman kejatuhan. Namun semangat bangkit semula selepas jatuh dan memperbaiki kesalahan adalah lambang kejayaan usahawan sukses. Pengalaman ini sangat priceless.
Malah, ada juga usahawan yang diberi rezeki yang tidak putus-putus, namun dicabar dalam bentuk yang berbeza. Kebanyakan usahawan ini "bangkit" dengan berkongsi ilmu dan rezeki yang mereka ada dengan usahawan sekeliling . Mereka juga adalah usahawan yang berjaya. Di sini kami beri contoh usahawan sukses yang bernama Ir Megat Radzman Megat Khairuddin.
Di usia yang masih muda, beliau melihat melihat perjuangan membela nasib bangsa sebagai satu amanah. Beliau mengakui pernah menghadapi cabaran dalam bisnes, namun baginya, "tiada kejayaan tanpa cabaran" . Melalui program MoSVac, beliau berazam untuk melahirkan 3000 bengkel dan 450 pengedar alat ganti motosikal milik bumiputera menjelang tahun 2009.
Hari ini usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tiada alasan untuk mengaku kalah dalam berniaga . Malah, alasan "tidak dapat pinjaman , itu sebab tidak boleh berniaga" juga sudah basi. Pelbagai pihak sudah tampil untuk membantu para usahawan . Dari individu usahawan sehinggalah ke pihak kementerian .
Ini boleh di lihat melalui penubuhan Herbal Plaza sebagai Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan (4PU) dan Pusat Pembangunan Rekabentuk (DDEC) . Kedua-duanya adalah usaha kerajaan membantu para usahawan meningkatkan nilai tambah produk masing-masing supaya mampu dikormesialkan sehingga ke peringkat global . Begitu juga dengan matlamat penubuhan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang ingin menjadikan sektor koperasi penjana ketiga ekonomi negara. Semua pihak menggembleng untuk membantu para usahawan .
Jika semua pihak sudah menghulurkan tangan membantu, apa alasan usahawan untuk tidak meneruskan perniagaan atau mengambil lewa?
Semoga anda sentiasa sukses.
No comments:
Post a Comment