Wednesday, 22 February 2012

RANCANGAN + KEYAKINAN + TINDAKAN + KETABAHAN = KEJAYAAN..!!!

Assalamualaikum,


Apa khabar semua?????
Semoga anda semua sihat walafiat.insyaAllah..amin.....(^-^)..


Kami yakin, semua orang mahukan kejayaan dalam aspek bidang yang diceburi sama ada  berjaya dalam pendidikan mahupun dalam kerjaya..Kejayaan adalah impian hidup setiap insan bernama manusia, namun tidak semua berjaya menggerakkan impian menjadi kenyataan. Lazimnya pelbagai alasan adalah jawapan mengapa dan kenapa semua kenyataan menjadi impian. 




Di sini , kami menyediakan beberapa tips sebagai landasan menuju kejayan.

  • Tentukan apa yang anda inginkan dan lakukan dalam hidup. Buat satu senarai dan baca setiap kali selepas anda bangun dari tidur dan sebelum tidur.
  • Tentukan siapakah diri anda yang ingin anda bentuk, senaraikan setiap personaliti yang ingin anda pupuk. Semua ini boleh terhasil jika anda mempunyai kekuatan mental yang kukuh.
  • Tentukan matlamat dalam jangka waktu panjang (lima tahun atau lebih) untuk mencapai maksud, kehendak, dan imej anda sendiri.
  • Tentukan matlamat jangka masa pendek (satu atau kurang darinya) untuk berusaha ke arah objektuf-objektif bagi mencapai matlamat jangka panjang yang dirancangkan lebih awal.
  • Buat rancangan untuk mencapai matlamat yang telah anda gariskan.
  • Bahagikan rancangan dan matlamat anda supaya anda dapat mencapainya sedikit, demi sedikit setiap hari.
  • Belajarlah untuk berfikir dan merancang masa anda dengan bijaksana dan berfaedah. Rancangan ini hendaklah disenaraikan satu persatu.
Anda boleh melakukan semuanya jika anda berasa anda boleh melakukan. Kejayaan menjadikan impian menjadi kenyataan adalah bergantung kepada gerakan diri anda sendiri. Tidak dinafikan untuk memulakan sesuatu yang baru direncanakan adalah satu permulaan yang amat berat namun jika anda mahu melakukannya, anda sedang  menuju KEJAYAAN.  Waallahu a'lam.


SELAMAT MAJU JAYA

No comments: