Friday, 24 February 2012

KENAPA ORANG LAIN BERJAYA, SEDANGKAN SAYA TIDAK??

Orang lain boleh kaya, sedangkan saya tidak. Orang lain mampu membeli kereta mewah sedangkan saya tidak......

Pernah tidak persoalan seperti di atas bermain di fikiran anda?

Hm,, pasti ye jawapannya?

        Tidak semua orang boleh berjaya atau menjadi kaya, bagaimanapun itu bukan perkara mustahil yang boleh dikecapi. Betul tak?  "TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH MANUSIA SIAPA YANG TAHU" bukan?

         Kembali kepada persoalan kenapa kita ketiggalan dalam serba-serbi . Langkah awal yang perlu kita lakukan ialah bertanya pada diri sendiri di mana kita berpijak . Ke mana hendak kita bawa diri kita dan sejauh mana persiapan yang telah kita lakukan .
     
         Harus kita ketahui bahawa tidak akan ada kejayaan tanpa perancangan . Belum pernah berlaku, individu berjaya dalam sekelip mata.

        Justeru itu mengenal diri dan menyediakan persiapan adalah penting sebelum mula menongkah arus. Binalah impian anda sebelum merancang untuk mencapai impian itu.

No comments: