Wednesday, 22 February 2012

CABARAN DAN KEHIDUPAN

Makan petang bersama karipap mini,
Berserta dengan hidangan keropok ikan,
Buat semua pembaca blogshop ini,
Salam mesra kami ucapkan...  

*berpantun pula kami 
Assalamualaikum, merujuk kepada tajuk diatas mengenai cabaran dan kehidupan ia merupakan dua perkara penting dalam hidup seseorang individu. Kegagalan dan kejayaan mengharungi situasi merupakan penentu matlamat akhir yang kita cari selama ini. Perjalanannya adalah ibarat isi dengan kuku saling berkait antara satu sama lain. Kenyataan ini pula berkait dengan perasaan takut atau berani bagi menghadapi apa juga situasi yang bakal berlaku. Mungkin pembaca tertanya-tanya apa yang cuba kami sampaikan melalui entry kali ini. Menerusi entry kali ini kami ingin dedahkan tentang faktor-faktor penting yang boleh membawa kepada kecemerlangan di dalam pengurusan sesebuah syarikat.^^,

Perlukah kita menggunakan teknik-teknik pengurusan yang sofisticated mahupun golongan pakar yang bijak atau sebagainya bagi memperolehi kecemerlangan tersebut.Kita juga akan didedahkan dengan pentingnya komitmen masa, tenaga, kemahuan serta tindakan berkesan yang merupakan gabungan rahsia ke arah menentukan kecemerlangan.


Kemiskinan bukanlah satu keadaan yang dipandang suci dalam agama, bahkan keadaan tersebut dianggap sebagai penyakit yang merbahaya kepada aqidah, akhlak, pemikiran, rumahtangga, diri sendiri, masyarakat dan negara. Agama Islam menganjurkan agar umatnya melibatkan diri dalam urusan jual beli sebagai satu langkah membasmi penyakit yang merbahaya itu. Urusan jual beli dalam islam dianggap sebagai bidang penting yang boleh mengatasi segala masalah yang timbul.Bukti-buktinya boleh dilihat dari tuntutan dan huraian kewajipan bekerja, sistem islam mendorong perniagaan, sifat keusahawan selari dengan fitrah manusia dan sebagainya. Walaupun kita telah berjaya baik dalam bidang perniagaan ataupun bidang-bidang lain. Kita harus akur dengan kenyataan bahawa belajar tidak punya titik nokhtahnya....


Cabaran adalah pelajaran, gagal juga adalah pelajaran malah dianggap sebagai pelajaran terbaik untuk berjaya begitu juga dengan kejayaan. Sekali gagal bukan bererti kita akan gagal selama-lamanya dan sekali berjaya bukan bererti kejayaan adalah milik mutlak kita. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang yang kita ceburi adalah umpama menyediakan dayung sebelum belayar atau menyiapkan senjata sebelum ke medan perang.Hanya selepas mengharungi segala cabaran barulah kita mampu mengukur kemampuan dan kejayaan kita.

Makan roti dengan kaya...
Selamat maju jaya....

sekian : D

*Rencana  diatas adalah  merujuk kepada majalah usahawan

No comments: